-->Masalah fasiliti penduduk di Jalan utama Sekolah Kebangsaan Kuala Ibai telah menjadi topik perbualan penduduk disini.Ini adalah kerana jalan tersebut merupakan laluan utama ibu-bapa yang menghantar anak-anak mereka kesekolah dan juga pesakit yang menuju ke Klinik kanak-kanak berhampiran.Keadaan lalu lintas yang semakin sibuk menjadikan topik tersebut semakin panas diperkatakan.
Menurut Ahmad B Abdullah yang merupakan salah seorang penduduk disitu beberapa masalah telah timbul kebelakangan ini diantaranya ialah kawasan pembuangan sampah yang langsung tidak praktika iaitu tong sampah yang bersaiz terlalu kecil tidak cukup untuk menampung jumlah penduduk yang ramai dimana telah mengakibatkan sampah-sampah berselerak diatas jalan manakala keadaan jalan yang berlubang telah menjadikan keadaan penduduk dikawasan tersebut terga

nggu terutama kejiranan diTaman Midah Jalan Sekolah Kebangsaan Kuala Ibai.Saiz tong tersebut hanya sesuai diletakkan dikawasan taman yang tidak mempunyai penduduk yang ramai.Keadaan ini menjadi semakin teruk apabila hari hujan yang mengakibatkan jalan dinaiki air beserta bercampur dengan air limpahan tong sampah tersebut yang mengalir dikejiranana ini.Menurtnya lagi perkara ini sudah berlanjutan selama 2 tahun tanpa ada tindakan yang diambil berikutan ketiadaan laporan yang dibuat kepada pihak yang bertanggungjawab.Masalah penyelenggaraan sistem paip yang pecah baru-baru ini juga telah menimbulkan tanda tanya kepada pendud

uk kerana masih terbengkalai yang telah menjadikan ruang lalu lintas semakin sempit sekaligus mendatangkan bahaya kepada penduduk.Pembaikian yang dibuat sebelum ini iaitu penggalian lubang serta penggantian paip tanpa diturap semula telah menjadi keadaan lalu lintas tergendala berikutan tempat pembaikian di simpang tiga diantara lorong dan jalan utama serta saiz lubang yang agak luas yang menjadikan ruang lalu lintas disimpang tersebut semakin sempit.Penduduk disini mengharapkan agar pihak yang bertanggungjawab supaya segera menyelesaikan masalah yang timbul supaya tidak terjadi sebarang perkara yang boleh mendatangkan musibah akibat permasalahan yang berlaku.Tambahan pula situasi ini akan menggambarkan imej dan kredibiliti pihak berkenaan dalam melakukan kerja-kerja serta tanggungjawab kepada masyarakat.Apa yang menjadi persoalan utama,adakah kerana tempat tersebut merupakan kawasan orang kuat PAS?
No comments