Gambar ini diambil ketika Program Rehlah 2009 oleh Saudara Bashir B Rosli yang merupakan Ajk Pemuda merangkap Ajk Lajnah Penerangan dan Bendahari Program.Adalah bertujuan untuk dijadikan kenangan dimasa hadapan.Gambar ini diambil pada jam 11.30 tengahari selepas semua acara selesai diadaklan.Pemuada tersebut adalah :Lihat video yang disediakan.....Aturcara program tersebut yang bermula pada 4.00 p.m iaitu peserta diminta berkumpul di Surau Padang Luar sebelum bertolak ke lokasi Rehlah.Pada jam 5.00 petang peserta bertolak dengan menaiki beberapa buah kereta yang dimiliki oleh Ajk Pemuda.Jam 5.30 petang peserta tiba disebelah Buai Beach Resot berhampiran lokasi program yang akan diadakan.Tepat jam 7.00 petang kesemua khemah telah didirikan dan peserta diminta membuat persediaan untuk menunaikan solat Maghrib berjamaah serta bacaan Yassin sementara menunggu masuk waktu solat Isya'.Selesai solat Isya' berjamaah program kuliah dimulakan yang disampaikan oleh Ustaz Shamsuri B Taib yang juga merupakan ketua Pemuda Dun Batu Burok.Intisari kuliah tersebut adalah berkisar berkenaan kejadiaan kehidupan ini serta panduan didalam meneruskan setiap aktiviti kehidupan sekaligus menceritakan kelebihan dalam kerja-kerja berjamaa
h.Kuliah selesai pada jam 11.00 malam dan sarapan makan malam disediakan beserta beberapa Ajk lajnah kebajikan menyiapkan bahan-bahan BBQ.Jam 1.00 pagi semua peserta masuk ke khemah masing-masing.Program tamat pada jam 11.00 tengahari keesokannya dengan majlis penyampaian hadian acara sukan.
No comments