Kira-kira 50 buah keluarga yang menyertai program ini dimana acara sukan diadakan mengikut klasifikasi masing-masing.Bermula dari Ibu-bapa sehingga anak kecil,kesemuanya menyertai acatra sukan yang diadakan. Sambutan yang mula suram ketika waktu pagi dan kemudiannya menjadi riuh rendah menjelang waktu tengahari
suasana riuh rendah kesukaan pelbagai gelagat peserta yang dapat dilihat pada majlis tersebut.Kelihatan wajah-wajah ceria penduduk Kampung yang turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis. Acara tersebut diakhiri dengan acara penyampaian hadiah kepada pemenang serta majlis jamuan makan tengahari.Tepat jam 2.00 petang semua peserta dan penganjur pulang dengan perasaan yang cukup menggembirakanserta wajah yang keletihan.Program ini disiarkan didalam artikel ahkbar Sinar Harian yang dihantar oleh salah seorang Ahli jawatankuasa Cawangan Kolam.
No comments