Hati-hati muntah Umno/Bn

Share:
Sejak kebelakangan ini timbul isu yang mengataka berlakunya gejala rasuah didalam parti Islam Semalaysia (PAS).Satu lagi dakyah yang dimainkan Umno/Bn dalam ketandusan idea untuk menyaingi PAS.Tindakan umno/Bn ini menunjukkan apa yang sebenarnya berlaku didalam parti mereka ,dengan mudahnya mereka cuba menunding jari kepada PAS.Kenyataan yang dibuat pemimpin Umno/Bn baru-baru ini berkenaan keterangan yang dibuat oleh pimpinana PAS telah diputar belitkan dengan harapan agar rakyat akan terkeliru.Sebelum ini isu pemilihan pimpinan PAS dijadikan tajuk perebutan kuasa oleh sibodoh UMNO/BN manakala keterangan yang dibuat pimpinana PAS dikata rasuah,lepas ini kemungkinan keluar isu skandal seks pula.Hakikatnya dapat dilihat oleh segenap rakyat terutama mereka yang terdedah dengan sumber berita yang banyak ,dengan mudah dapat menyangkal dakyah umno/bn itu.Umno/Bn yang semakin hari semakin tenat menjadikan akal fikiran mereka seumpama nyanyuk bahawa apa yang didakwa mereka ialah kesalahan mereka sendiri.Oleh kerana terlalu banyak menelan harta haram sehingga menumpahkan isi perut mereka tiba-tiba cuba memuntahkan keatas orang lain.Inilah perangai pimpinana politik Umno/Bn yang akan sentiasa merencanakan dakyah mereka agar rakyat terpengaruh dengan fitnah.Manakala kepada semua ahli dan penyokong PAS agar sentiasa bermuhasabah dengan sebarang berita yang dikeluarkan oleh musuh Islam. ALLAH Taala berfirman "Apabila datang kepada engkau berita yang dibawa oleh fasik maka selidikilah"

No comments