
mendukungi keluhuran undang-undang, keadilan capaian maklumat dan media serta menjalankan proses and sistem pilihan raya yang bebas, bersih dan adil.Demokrasi sebenar mengizinkan rakyat dan pengundi untuk menentukan kerajaan yang mereka mahu. Pilihanraya yang bebas, adil dan bersih menjamin kehendak rakyat tertunai. Andainya pilihan raya dipenuhi penipuan, kepincangan dan ketidakadilan, maka ia menjadikan hasrat rakyat untuk mengecapi demokrasi sebenar kecundang.PAS Komited Meskipun Pilihan Raya Tempang dan CurangPAS adalah parti Islam yang memperjuangkan dasar-dasar Islam serta nilai-nilai keadilan sejagat. PAS terus
akan menyertai pilihan raya meskipun ia curang dan tempang, bagi memperjuangkan keadilan dan membenteraskezaliman dalam proses ’semak-imbang’ yang dianjurkan oleh Allah SWT sebagaimana yang termaktub dalamayat Surah Al-Baqarah: ayat 251.
“Kalaulah Allah tidak menolak dan mengimbangi kezaliman sesetengah manusia dengan golongan lain, maka rosak dan musnahlah seluruh muka bumi ini”.
Sejak lebih 50 tahun, PAS telah membuktikan komitmen kami terhadap mempertahankan kedaulatan negara
No comments