Masalah Banjir di Kg Padang Luar Tergantung

Share:
Artikel akhbar tersebut adalah petikan yang diambil dari edisi surat khabar Sinar Harian yang bertarikh March 2009.Isu ini sudah lama dibangkitkan tetapi masih berlarutan sehingga kini malah banjir kian hari makin teruk.Apa yang malangnya ialah warga tua yang tinggal berhampiran kawasan tersebut terpaksa berputih matra melihat rumahnya di naiki air.Pelbagai cemuhan,cadangan dan persoalan dibangkitkan oleh penduduk kampung tersebut tetapi apa yang malangnya tiada satu pun tindakan yang efisien diambil bagi mengatasi masalah ini.

Isu banjir sudah lama menjadi perbualan masyarakat setempat sejak dari tahun 90an lagi dan tindakan yang telah diambil seumpama "hangat-hangat tahi ayam"laporan kepada pihak Kerajaan dan swasta juga telah diambil tetapi tiada satupun yang berhasil,ini adalah kerana tiadanya kesungguhan yang diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut hanyalah sekadar "melepas batuk ditangga".Baru-baru ini Ahli jawatankuasa pemuda Cawangan Kuala Ibai Padang Luar telah mengambil iniasitif secara underground dengan menghantar masalah kepada pihak media dan beberapa perancangan yang telah disusun bagi membantu penduduk di Kaampung tersebut untuk menyelesaikan masalah ini.Tindakan ini dinamakan undergraound adalah kerana kesan dari usaha yang dibuat oleh beberapa YB menemui jalan buntu dan akibatnyaa menjadi bahan sindiran bagi penduduk kampung tersebut.Pihak pemuda PAS Kuala Ibai padang luar telah bersepakat untuk berusaha menyelesaikan masalah tersebut ,.tindakan susulan akan diambil dengan mengadakan perbincangan bersama Yang Dipertua Dun Batu Burok iaitu Dr Syed Azman B Syed Nawawi.InsyaALLAH usaha ini akan dibuat serta istiqamah dalam menyelesaikan kebuntuan permasalahan yang berlaku.

No comments