Mush'ab B Umair R.A Duta Islam pertama siri 2

Share:
Sambungan kisah hidup seorang sahabat Rasulullah S.A.W.
Pada suatu hari,Mush'ab dipilih Rasulullah sebagai seorang duta atau utusan untuk mengajarkan selok-belok agama kepada orang-orang Ansar yang telah berbai.ah di bukit Aqabah.Selain itu ia mengajak orang-orang lain menganut Islam dan mempersiapkan Madinah untuk menyambut Hijrah Rasul sebagai peristiwa besar.
Sebenarnya dikalangan sahabat ketika itu lebih ramai yang tua dan berpengaruh tetapi Rasulullah S.A.W memilih Mush'ab kerana beliau dikurniakan ALLAH Taala akal yang cerdas ddan budi pekerti yang luhur.Dengan sifat zuhud ,kejujuran dan kesungguhan hati,ia berjaya melunakkan dan menawan hati penduduk Madinah hingga mereka berduyun-duyun memeluk agam Islam.

Di Madinah Mush''ab tinggal sebagai tetamu dirumah As'ad b Zararah.Dengan didampingi As.ad beliau pergi ke Kabilah-kabilah dari rumah ke rumah.Pernah ia menghadapi kesukaran yang mengancam keselamatan dirinya yang nyaris celaka,kalaulah bukan kerana kecerdasan fikirannya dan kebesaran jiwanya .Suatu hari ketika ia sedang mengajar tiba-tiba ia diserang oleh Usaid B Hudhair kepala suku kabilah Abdul Asyhal diMadinah.Usaid menodong Mush'ab dengan lembingnya ,betapa marah dan murkanya Usaid,menyaksikan Mush'ab yang dianggap sebagai pengacau dan memesongkan pengikutnya dari pegangan mereka.Begitu dilihat Usaid yang marah seumpama api yang sedang marak kepada orang-orang Islam yang sedang duduk bersama Mush'ab merasa kecut dan takut,tetapi Mush'ab tetap bertenang dengan air muka yang tidak berubah.Lalu Usaid menengking "Apa maksud mu sekalian datang ke kampung kami?apakah hendak menghasut dan mebodohkan rakyat kecil kami ini.Tinggalkan segera atau nyawa kalian akan tercabut.Dengan lemah lembut seumpama ketenangan dan kemantapan samudera yang dalam ,Mush'ab berkata"Kenapalah tuan tidak susuk dan dengarkan dulu..Seandainya tuan suka ,nanti dapat menerimanya,seandainya tidak suka,kami akan menghentikan.
Sekarang saya akan sedarkan diri lalu dijatuhkan lembing disebelah kanannya.Sebaik Mush'ab membacakan Quran serta menghuraikan maknanya lalu terbuka dada Usaid mula bercahaya serta beralun mengikuti dengan baik apa yang disampaikan oleh Mush'ab.
Usaid pun berseru kepadanya dan rakannya,Alangkah indah dan benarnya ucapan itu..Dan apakah yang mesti dilakukan oleh orang yang hendak masuk agama ini?Kemudian Mush'ab berkata,hendaklah mensucikan diri dan pakaiannya serta mengucapkan syahadat.Usauid pun meninggalkan mereka kemudian kembali sambil memeras air dari rambutnya lalu menyatakan bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH dan Muhammad itu pesuruhnya.
Lau tersebarlah tentang keislaman Usaid dan diikuti oleh Sa'ad B Muaz,Sa'ad b Ubadah,Dengan keislaman mereka maka selesailah persoalan dengan pelbagai kaum suku yang ada diMadinah.Penduduk Kota Madinah saling berdatangan dan bercakap sesama mereka "jika ketua suku dudah masuk Islam,apalagi yang kita tunggu".
Begitulah betapa agungnya keislaman para sahabat Rasulullah S.A.W dalam menjalankan amanah serta kewajipansehingga berjaya mengislamkan Kota Madinah ,walaupun pelbagai onak duri yang ditempuhi.Sebagai iktibar dan petunjuk yang nyata lagi sahih untuk semua Muslimin dan Muslimat dalam menggerakkan kerja-kerja berdakwah sehingga ke hari kiamat.

No comments