
Para Muarrikh dan ahli riwayat memetik semangat kemudaannya dengan ayat " Seorang warga kota Mekkah yang mempunyai nama paling harum".Ia lahir dan dibesarkan dalam kesenangan dan kemewahan.Ia menjadi buah bibir anak-anak gadis Mekkah dan menjadi bintang di majlis-majlis perjumpaan.Apatah lagi setelah keislamannya ,ia meningkat sehingga menjadi buah cerita tentang kegigihan imannya,menjadi tamsil dan teladan dalam semangat kepahlawanan.Beliau mempunyai peribadi yang sangat baik yang ditarbiyyah secara langsung oleh Rasulullah S.A.W.Ketika Mush'ab memeluk Islam,tiada suatu kekuatan pun yang ditakuti dan dikhuatirkan selain ibunya sendiri.Mush,ab merahsiakan keislamannya dari ibu yang amat dicintai.Tentangan dari ibunya tidak dapat dianggap temeh.Demikianlah ia sentiasa berulang alik ke rumah Arqam Abi Arqam menghadiri majlis Rasulullah S.A.W dengan hati yang terasa amat bahagia.Mata kaum Quraisy berkeliaran mengintai setiap jejak yang menuju ke tempat Rasulullah S.A.W..Kemudian Mush'ab dilihat oleh Usman B Thalhah lalu ia berjumpa dengan ibu Mush,ab, maka diceritakan serta dibenarkan kata-katanya kepada ibu Mush,ab.
Berdirilah Mush,ab didepan ibunya, ketika si ibu hendak membungkam dan menutup mulut anaknya dengan tamparan yang keras,tiba-tiba tangan yang terhulur bagaikan anak panah itu bertukar menjadi lemah longlai. Lalu dikurung dan dipenjaraklan Mush,ab dengan kejamnya.mus,ab Dem,ikianlah beberapa lama Mush,ab tinggal dalam kurungan tersebut.
Saat Kaum Muslimin berhijrah ke Habsyah,terdenganr berita ini oleh Mush,ab,lalu difikirkam muslihat dan berjaya mengelaburi ibunya serta penjaganya ,lalu pergi ke Habsyah.Lalu pulang ke Mekkah semuala dan pergi ke Habsyah lagi buat kalu ke dua diatas arahan Rasulullah S.A.W kerana taat dan setianya.
Samaada di Habsyah ataupun Mekkah,penderitaan yang dirasai Mush,ab kian meningkat.Pada suatu hari ia tampil dihadapan kaum Muslimin dan para sahabat yang duduk mengelilingi Rasulullah.Mereka melihat Mush,ab lalu menundukkan kepala serta memejamkan mata,beberapa orang melihat matanya basah kerana duka dengan berpakaian jubah yang buruk serta bertampal-tampal,padahal belum lagi hilang difikiran mereka sebelum masuk Islam tak ubahnya bagaikan kembang di taman,berwarna-warni dan menghamburkan bau yang wangi.Ikuti kisah perjuangannya selepas ini........
No comments