Sambutan Maulidur Rasul

Share:
Sambutan Maulidur Rasulullah S.A.W ini diadakan di Jakarta,Indonesia.Manakala gambar ini diambil(snapshot) melalui video.Apa yang menjadi persoalan,adakah kita mampu menjadi pemuda sepertimana yang tertulis di backdrop majlis tersebut iaitu

"JADIKAN SAYIDINA MUHAMMAD S.A.W SEBAGAI PANUTAN PEMUDA PEMUDI MASA KINI".Amat tersentuh dihati kecil ini semasa melihat video yang dibawa pulang oleh seorang bekas ahli jawatankuasa Pemuda PAS Padang Luar baru-baru ini.Terfikir dihati supaya dibawa kedalam mesyuarat pemuda dan memasangnya melalui Laptop agar menjadi suatu suntikan kerohanian kepada setiap pemuda khususnya Ahli jawatankuasa.Jika dilihat didalam video tersebut,boleh dikata lebih 80% hadirin dan hadirat adalah terdiri daripada pemuda dan pemudi.Mereka mendengar syarahan yang disampaikan oleh seorang imam yang dikenali sebagai Habib Munzir Al Musawa dengan penuh khusyu'sehinggakan ada diantara mereka menitiskan air mata yang menunjukkan perasaan mereka tersentuh dengan syarahan tersebut.Amatlah jauh berbeza dengan apa yang diadakan oleh kerajaan Malaysia Umno/BN dengan menunjukkan tarian ala Arab dan bukannya menunjukkan ciri-ciri Islam yang sebenar.Jika keadaan begini berterusan di Malaysia tercinta ini maka tunggulah saat kehancuran tamadun kemanusiaan di Malaysia.Sekiranya pemuda PAS yang amat ku cintai dapat disamakan sepertimana yang dilihat di Majlis tersebut,sudah pasti Umno/Bn akan pupus dengan mudah sekali.Kerajaan Umno/Bn akan sentiasa mengadakan perkara-perkara yang membawa kemusnahan sosial khususnya pegangan Agama agar pemuda dan pemudi sentiasa lalai dengan keseronokan sekaligus akan memihak kepada mereka.Oleh kerana itu pemuda PAS haruslah sentiasa mendampingi majlis-majlis agama dan diwaktu yang sama meningkatkan lagi ilmu pengetahuan baik dunia ataupun akhirat agar perjuangan ini akan sentiasa diredhai ALLAH S.W.T.

No comments