Gambar ini adalah merupakan muka depan sebuah buku yang bertajuk " SEJARAH 133 WIRA TERBILANG DI ZAMAN RASULULLAH S.A.W" yang telah dihadiahkan oleh seorang ahli keluarga salah Ahli jawatankuasa Pemuda PAS Padang Luar.Buku ini mengisahkan kehebatan para sahabat nabi serta liku-liku perjalanan seorang pejuang yang akhirnya bertemu ALLAH Taala dengan Husnul Khatimah syahid didalam perjuangan.Buku ini ditulis semula oleh Dr.Khalid Muhammad Khalid serta diolahkesusaian bahasa mengikut kefahaman generasi masa kini.Manakala terjemahan ayat Quran dan Hadis yang tertulis didalam buku ini ditafsirkan oleh Abu Mazaya Al Hafiz.Buku ini merupakan cetakan pertama pada tahun n 2004 dan sebarang hakcipta sama sekali tidak dibenarkan mencetak semula.Karya asal buku adalah dari Dtr Khalid Muhammad Khalid dan diterjemahkan oleh Abu Mazaya Al Hafiz dan sedikit tambahan yang dirujuk melalui kitab Tarikh Mu'tabar seperti sirah Ibnu Hisyam,Tarikh Al Khulafa',Tarikh Al Tabari,Al Awashim Min Al Qawashim,
Al Maghazi,Fiqh Al Sirah,Tarikh Al Kamil Ibnu Athir,Syuhada' Al Islam fi 'Ahd Al Nubuwwah oleh Dr Ali Sami Al Nasyar. Pada akhirnya, penulis buku ini menghadiahkan Al Fatihah kepada semua nama yang tertulis diatas serta mengharapkan teguran yang membangun dari semua pihak.Bersempena ini pihak Pemuda PAS Padang Luar mengharapkan agar kita sama-sama dapat berkongsi sedikit pendedahan yang dapat difahami dari buku ini.Ikuti kisah-kisah para sahabat selepas ini.....
No comments