Sibodoh

Share:

Setiap saat masa itu milik ALLAH.
Setiap gerak itu milik ALLAH.
Setiap sen atau jutaan itu milik ALL AH.S
etiap kenderaan itu milik ALLAH .
Setiap ibu-bapa milik ALLAH.
Setiap anak itu milik ALLAH.
Setiap nafas itu milik ALLAH.
Setiap pekerjaan itu milik ALLAH.
Setiap senyum itu milik ALLAH.
Setiap titik peluh itu milik ALLAH.
Setiap hembusan nafas itu milik ALLAH.
Setiap pemikiran itu milik ALLAH.
Setiap ilmu itu milik ALLAH.
Setiap sibuk itu milik ALLAH.
Kenapa masih engkau menafikannya..engkau menyombong diri seolah-olah engkau yang menongkat langit ini.Kata-kata engkau sombonng seumpama alam ini milik engkau...Engkau bermegah dengan kejayaanmu seumpama engkaulah perwira bagi makhluk ini...Engkau mengalih muka mu dari melihat wajah si alim...Engkau memekakkan telinga mu apabila mendengar kebenaran... Engkau tiada sedikit pun tersentuh apabila melihat saudara mu diseksa...Engkau tiada berusaha untuk saudara mu...Engkau menjauhi majlis Ilmu..Engkau menjauhi rumah ALLAH...Engkau sentiasa beralasan....Engkau hanya mementingkan diri seolah-olah engkau akan hidup selamanya...Engkau tidak sedari bahawa engkau didalam kebodohan yang teramat jauh...Dunia bagi mu lebih penting...Dunia bagi mu segalanya...Kamu cintakan dunia berlebih-lebih..Tapi engkau lupa mati itu selamanya...Engkau lupa dunia itu sementara....Kita pasti akan mati..pasti..pasti..Tiada hari perlu dinanti kerana mati itu tiada kita sedari..yang pasti kita akan mati...Dan ingatlah...azab kubur sedia menanti............
Engkau lupa apa yang engkau jauhi itu adalah hampir dengan mu...semakin engkau jauhinya...semakin hampir ia dengan mu...Habiskanlah masa mu dengan kerja-kerja amal...Kuatkan semangat mu...pasti akan mendapat balasannya...Sesungguhnya sibodoh pasti tidak menyedarinya...

No comments