
Demikian menurut penjelasan, Timbalan Pengerusi Lajnah Tarbiyah dan Dakwah PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dalam ucapan penggulungan Muktamar Agung Tahunan PAS.
Beliau berkata, di atas kesungguhan ahli PAS di cawangan itu mereka telah berjaya membina bangunan PAS `Dewan Putra' dengan harga RM1/2 juta dan mempunyai tiga Pusat Asuhan Kanak-kanak Islam (Pasti).
Katanya, kejayaan PAS Cawangan itu disebabkan ahli-ahli mereka setia menghadiri usrah sejak tahun 1980-an.
"Kekuatan PAS sebenarnya terletak di cawangan, sekalipun hebat pimpinan di peringkat atasan tetapi jika PAS cawangan itu tidak bergerak maka cula undi tidak akan berjalan," tegasnya.
Beliau turut menyentuh tentang penyertaan pimpinan PAS dalam kelas Ilham yang pada awalnya kelas itu difokuskan kepada pimpinan dan tidak terbuka kepada orang lain.
Malangnya tambah beliau setakat ini di peringkat Pusat hanya 65 orang saja yang menyertai kelas Ilham manakala di Johor 100 orang, Pahang 30 orang dan Perak 35 orang.
No comments