
Perubahan ini membawa kepada siri penutupan penjara tersebut tetapi masih ada kekeliruan yang kini menjadi topik perbincangan journalist media untuk mengetahui dengan lebih terperinci .
Salah sebuah agensi terbesar pengeluar rencana iaitu "Explorer" sebuah kumpulan dari National Geography baru-baru ini telah berjaya memfilemkan siri-siri yang penuh kontroversi di Guantanamo selama 3 minggu dimana
ratusan suspek keganasan telah meredakan sedikit penderitaan yang ditanggung semenjak 11/9.Isu-isu keganasan yang ditimbulkan oleh pegawai-pegawai penjara dimana pemerintahan Bush telah membenarkan akta penderaan jenayah perang terhadaptahanan di Guantanamo dilaksanakan dengan sekejam-kejamnya tanpa diberi hak untuk diberi perlindungan sepertimana yang diperuntukkan dalam undang-undang [perang dunia mahupun undang-undang jenayah di Amerika.
Beberapa siri temuduga diantara tahanan,bekas tahanan , pegawai penjara dan peguam diadakan bagi membincangkan isu-isu sensitif serta mendapatkan maklumat yang hendak disebarkan kepada masyarakat dunia untuk menggambarkan kebenaran disebalik penjara Guantanamo.
Ringkasnya penjara Guantanamo merupakan neraka bagi tahanan dan juga pegawai yang mempunyai rasa kemanusiaan.Salah seorang pegawai disitu berkata " saya menjaga pinti masuk ke penjara ketika umur 19 tahun.Mereka (tahanan tanpa sebarang kes jenayah) sudah berada disini sellama 6 tahun lebih yang ketika itu saya masih berumur 12 tahun,ini ada

Kini jumlah tahanan di penjara Guantanamo seramai 250 orang .Ketika penutupan penjara tersebut jumlah tahanan adalah seramai 240 orang dan menjadi persoalan dimanakah mereka akan dihantar dan apakah nasib mereka selepas ini.
Paparan video : http://channel.nationalgeographic.com/series/explorer/4085/Overview#tab-Videos
No comments