
Fasal 28 (baru)
Memasukkan Fasal baru iaitu:
Laporan Tahunan
28 (1) Ketua Bank Data DNA hendaklah sebelum 31 haribulan Mac setiap tahun menghantar laporan tahunan mengenai operasi Bank Data DNA kepada Menteri.
(2) Menteri hendaklah membentangkan laporan Bank Data DNA kepada setiap Dewan Parlimen dalam tempoh tidak lewat dari 15 hari setelah persidangan Dewan itu bermula setelah Menteri itu menerima laporan tersebut.
Fasal 29 (baru)
Memasukkan Fasal baru iaitu:
Semakan
29 Akta ini hendaklah disemak semula dalam masa 5 tahun selepas ianya berkuatkuasa dan apa-apa pemakaian atau rujukan terhadap Akta ini hendaklah terhenti sehingga semakan telah dibuat dan diluluskan oleh undang-undang..
Huraian
Pemasukan peruntukan yang dicadangkan di dalam Fasal 28 Rang Undang-Undang ini adalah bertujuan bagi memastikan ketelusan sistem Bank DNA dan meningkatkan kredibiliti institusi ini.
Pemasukan peruntukan yang dicadangkan di dalam Fasal 29 Rang Undang-Undang ini adalah bertujuan bagi menyemak semula mana-mana peruntukan yang tidak praktikal dan perlu diubahsuai setelah 5 tahun sistem ini diperkenalkan dan digunakan bagi tujuan mencadangkan apa-apa pembaikan yang perlu.
No comments