
Semasa mempengerusikan Muktamar hari ini beliau berkata, perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad kepada beliau bahawa PAS mempunyai 34 cawangan manakala Kelab Penyokong PAS mempunyai 36 cawangan.
"Ini sesuatu yang cukup ajaib, kalau dia patah balik rebah kita," katanya selepas wakil dari Kelab Penyokong PAS Vincent Lee, selesai menyampaikan ucapannya dalam persidangan Muktamar hari ini.
Sementara itu, dalam ucapannya, Vincent mencadangkan agar slogan 'PAS untuk Semua' dijadikan slogan untuk parti PAS.
Ini katanya, biar PAS menjadi pilihan semua orang.
Tegasnya pimpinan PAS perlu menolak perpaduan dengan Umno dan menjadikan 'PAS the only choice'.
Istilah 'perpaduan' katanya hanya memberikan pandangan 'negatif' kepada bukan Islam terhadap PAS.
Komen Pemuda PAS K.Ibai Pdg Luar
Nah...apa pendapat rakyat Malaysia sekalian,khususnya melayu yang beragama Islam..Jelas lagi nyata pertumbuhan kelab penyokong PAS diseluruh Malaysia amat ketara.Tidakkkah bangsa melayu yang beragama Islam di Malaysia ini terutama di kawasan Pantai Timur memikrkan apa yang berlaku sebenarnya ? Tidakkah timbul persoalan difikiran mereka,bagaimana ini terjadi ?
Jangan terkejut sekiranya Kerajaan Umno/Bn menawarkan pelbagai hadiah ataupun bonus kepada mereka yang bukan berbangsa melayu,kerana ini hanyalah sandiwara umno/Bn untuk memancing bangsa-bangsa tersebut.
Hakikatnya jelas dan ianya difahami oleh bangsa bukan Melayu serta bukan beragama Islam.Saya yakin,sekiranya bangsa tersebut beragama Islam maka leburlah Umno/Bn bertukar menjadi abu yang sememangnya tidak disukai manusia mahupun haiwan dan tumbuhan.
No comments