
"Saya menerima beberapa aduan daripada Ketua Muslimat dan juga wakil Muslimat yang dinafikan mewakili kawasan atau bilangan mereka semakin dikurangkan," katanya.
Sehubungan itu katanya beliau berharap usia PAS yang semakin matang itu memberi perhatian di atas perkara tersebut.
Beliau yang berucap dalam sesi penggulungan Muktamar kali ke-55, hari ini berkata sudah sampai masanya Muslimat yang sebelum ini diberi peranan yang sangat besar dihargai sebagai jentera dan diberi tempat untuk berada di dalam peringkat membuat keputusan dalam parti.
"Sudah sampai masanya Muslimat melepasi era 'tea lady' dan bukan sebagai AJK hadiah, cenderahati tetapi muslimat hendaklah bersama-sama berperanan untuk membuat atau memberi sumbangan serta cadangan untuk membuat keputusan di peringkat pusat," katanya.
Dalam masa sama beliau turut menyentuh isu Nisa' atau wanita muda dan remaja dalam PAS.
Katanya, beliau agak terkilan kerana lebih 10 tahun Nisa masih lagi di peringkat yang tidak memberangsangkan.
Sebaliknya beliau berkata baru-baru ini didapati ada cadangan yang sangat baik iaitu memantapkan Kelab Penyokong PAS sehingga menjadi sebuah dewan.
"Saya kira sepatutnya Nisa yang ke depan dulu kerana Nisa lebih lama hendaklah diiktiraf dan dihargai dan diletakkan sebagai sebuah sayap dalam PAS dab bukan berada di bawah Dewan Muslimat selama-lamanya," katanya.
Katanya beliau menghargai sokongan golongan muda di seluruh negara dan peranan Nisa sangat besar.
Kerana itu katanya kerjasama dan memposisikan Nisa di tempat yang jauh lebih baik iaitu sebagai sayap atau dewan baru parti.
Selain itu, beliau turut menyentuh mengenai pakaian kaum wanita sebagai pemerhati dan wakil media.
Katanya, Dewan Muslimat sememangnya sangat menggalakkan pakaian yang menutup aurat dalam menjaga sensitiviti dalam muktamar.
Tetapi katanya dalam masa yang sama PAS sewajarnya mengambil pendekatan Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Aziz di dalam memimpin dan menerajui Kelantan berkata PAS mengambil pendekatan dan menerang, mendidik dan memberi pilihan-pilihan yang lebih baik kepada mereka bukannya secara paksaan.
Komen saya (Pemuda PAS K.Ibai Pdg Luar)
Pimpinan seharusnya mengambil kira apa yang diperkatakan oleh YB Dr Lo'Lo sekiranya kenyataan artikel Akhbar Harakah di atas menepati maksud yang disampaikan oleh beliau.
Perkara tersebut memberi kesan kepada pergerakan Muslimat terutama di peringkat bawahan seperti Kawasan dan Cawangan.
Apa yang sepatutnya dibuat adalah terserah kepada kepimpinan tetapi haruslah sentiasa ingat bahawa setiap tindakan ataupun keputusan yang dibuat oleh kepimpinan yang boleh menyebabkan ketidakpuashati jemaah bakal menjadi satu tompok permasalahan yang kemudiannya akan dipikul oleh kepimpinan .sendiri,jangan memandang rendah cadangan yang diperkatakan oleh jemaah terutama kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr Lo'Lo (yang merupakan kepimpinan Muslimat),dengan kata lainnya jangan sombong dan angkuh dengan pencapaian hari ini sehinggakan cadangan jemaah tidak dipedulikan.
No comments