Peringatan Tuk Guru Nik Aziz

Share:
Malaysia Negara yang disayangi ini mempunyai pelbagai bangsa, kaum dan bahasa.

Sebenarnya pada saya begitu bertuahnya Malaysia ini sekiranya kempen pilihan raya disertai sama oleh masyarakat Cina yang lebih mendahului mengenali agama Islam mengikut dalam sejarah dunia.

Orang Melayu mengikut sejarahnya menerima Islam sekitar 500 tahun kebelakangan ini, berbanding masyarakat Cina.

Sejak Parameswara Raja Melaka yang memeluk Islam, secara automatiknya turut memeluk agama Islam.

Tetapi orang Cina mengenali Islam lebih 1,500 tahun yang lalu menerusi sahabat baginda Rasulullah saw yang pergi ke Negara itu untuk berdakwah.

Saya sendiri sewaktu ke Negara terbabit sempat mengunjungi makam sahabat Nabi sebanyak dua kali.

Ertinya orang Cina lebih dahulu mengenali Islam berbanding orang Melayu.

Keduanya generasi muda Cina sekarang ini menerima Islam kerana mereka belajar di sekolah, di Pusat Pengajian Tinggi, mereka berguru dengan orang-orang yang boleh berguru serta bersoal jawab dengan mereka sehingga menyebabkan mereka yakin dengan Islam dan keselamatan agama suci itu untuk menjaga manusia.

Kalau boleh masyarakat Cina seharusnya bersama-sama melaksanakan tanggugjawab sebagai seorang Islam.

Orang Melayu keseluruhannya khususnya generasi kedua sekarang ini menerima Islam hanya secara tradisi.

Umur saya sendiri banyak habis untuk bertengkar (berhujah) dengan orang Islam Melayu – Melayu Islam yang banyak mengakibatkan imej Islam menjadi rosak kerana bangsa kita menerima Islam secara tradisi.

Umur saya banyak dihabiskan untuk memperbetulkan fahaman atau imej Melayu Islam.

Jadi kalau boleh orang Cina Islam yang memahami Islam turut berkempen serta dalam mengembangkan ajaran Islam kerana agama suci itu memberi rahmat untuk semua bangsa di dunia ini dan bukannya melaknati mereka.

Saya dengar banyak ucapan dari Saudara Kita (Cina muaalaf) seperti Saudara An Wan Seng dan banyak lagi masyarakat Cina dan India muslim lain yang perlu diketengahkan memandangkan mereka pandai berhujah.

Sedangkan pada masa yang sama para imam di kampong-kampung tidak mampu menyampaikan dakwah sehebat Saudara Kita memandangkan mereka hanya belajar Islam secara tradisi berbanding Saudara Kita yang belajar secara systemetik dan morden.

Lama saya memikirkan bagaimana untuk membawa masyarakat Cina untuk belajar di Kota Bharu untuk belajar di Mahaad Muhammadi di Kota Bharu bagi membolehkan mereka mempelajari Bahasa Arab serta mengenali Islam melalui kaedah belajar dan bukannya tradisi.

No comments