Stadium hancur,deris kena jawab

Share:
Baru sahaja setahun sejak perasmian yang dibuat oleh Yang di Pertuan Agong Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin,lebih separuh bangunan stadium tersebut yang berada di Gong Badak,Terengganu telah pun menyembah bumi.

Pada jam 9.30 pagi bulan Mei 2009 rakyat Malaysia pada amnya manakala rakyat Terengganu khususnya di gemparkan dengan khabar angin yang menyatakan stadium baru Sultan Mizan runtuh,berita tersebut bertambah panas apabila kenyataan tersebut disahkan melalui berita di kaca Tv Malaysia.
Kira-kira 70% daripada struktur bangunan stadium tersebut runtuh dengan teruknya.Stadium tersebut yang mana baru dibuka pada 10 Mei 2009 yang julung kali diadakan SUKMA bersempena pembukaan stadium tersebut.Ketika itu pemimpin Terengganu betrmegah dengan mendabik dada serta menyatakan kejayaan mengadakan SUKMA di Terengganu yang merupakan tuan rumah bagi acara sukan tersebut.
Terpampang iklan-iklan yang memaparkan keindahan rekabentuk stadium yang dikatakan moden serta canggih,tidak ketinggalan pemimpin Umno/Bn Terengganu dengan egonya menyatakan " kita telah menaikkan nama Malaysia di mata dunia".

Akhirnya ,bangunan yang dicipta manusia itu rebah dengan hanya mengambil 30 mini.Timbul persoalan " dimana kewibawaan pemimpin ","siapa kontraktornya" " bagaimana ini boleh berlaku,bukankah sebelum ia memerlukan kepada pelepasan daripada peraturan-peraturan pembinaan sebelum ianya beroperasi" " Apakah bangunan tersebut sudah diluluskan CAS"

Rakyat Terengganu sekali lagi terutama Umno/Bn terkedu melihat kejadian tersebut.Persoalan yang paling utama diperkatakan ialan " salah deris atau mat said ?Kos perbelanjaan yang amat besar kira-kira RM270Juta ringgit Malaysia hancur menjadi debu begitu sahaja.Perkara ini semestinya dibawa ke muka pengadilan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab memantau aktiviti yang dijalankan oleh sesuatu kerajaan.

Rakyat Terengganu dihimpit kenaikan harga barang,peluang kerja yang tidak mencukupi,masalah birokrasi di agensi kerajaan yang kian hari di himpit kesusahan kini berputih mata melihat wang mereka di balanjakan dengan begitu banyak hilang sekelip mata.

Pihak yang bertanggungjawab berkenaan pembinaan stadium tersebut mestilah menjelaskan apa yang berlaku secara terperinci kepada rakyat jelata.Manakala kontraktor tersebut juga mestilah di bawa kehadapan untuk menjelaskan perkara sebenar yang berlaku disebalik kroni-kroni Umno/Bn.Blog Advertising

No comments