
"Perpaduan adalah perkataan yang sering disebut-sebut, tetapi apa itu perpaduan," kata Vincent Lee ketika berucap mewakili KPP sempena Muktamar PAS ke-55 di Stadium Malawati hari ini.
Antara sebab penubuhan Kelab Penyokong PAS adalah mewujudkan perpaduan antara kaum melalui perjuangan PAS, ini terbukti dalam PRU-12, dengan sokongan padat daripada semua kaum, tanpa kira agama, warna kulit, bahasa dan adat-resam, PAS mencapai kejayaan yang amat besar, yang tidak pernah dicatat dalam 50 tahun yang lepas," katanya.
Kejayaan itu membuktikan bahawa PAS lah satu-satu parti yang mampu menyatu-padukan semua kaum di bumi Malaysia ini, ujar Vincent.
Kejayaan kerajaan PAS di Kelantan dapat melaksanakan dasar-dasar yang benar-benar adil kepada semua, juga menyumbangkan kepada kejayaan yang disebutkan, katanya.
"Saya amat berharap di negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat, di mana PAS juga memainkan peranan yang penting, untuk menyakinkan rakyat dalam negeri mereka, janganlah sekali-kali melaksanakan sesuatu dasar atau menyuarakan sesuatu dengan penuh bau perkauman," katanya.
"Rundingan sulit antara PAS dan Umno juga membimbangkan para penyokong masyarakat bukan Islam. Mereka dan ahli-ahli Kelab mulai bertanya, adakah PAS mula meninggalkan mereka dan seterusnya menjadikan Umno sebagai kawan setia kepada PAS?" ujarnya
Komen saya (Pemuda PAS K.Ibai Pdg Luar)
Teguran yang dibuat oleh Pengerusi Kelab Penyokong PAS (KPP) amat menarik perhatian saya sehingga mencetus buah pemikiran serta bayangan perkara yang akan berlaku sekiranya perpaduan tersebut di realisasikan iaitu kemusnahan....
Apa yang dinyatakan oleh beliau amatlah menggambarkan bahawa beliau adalah seorang yang sepatutnya disanjungi berikutan keterangan keterangan yang lantang dan jelas yang mana perkara tersebut berkemungkinan tidak disedari oleh kepimpinan.Mengapa perlu ada perpaduan didalam UMNO/BN.Sememangnya perpaduan melalui kehidupan sebagai rakyat Malaysia dan berbangsa sudah pun terjalin,kenapa perlu difikirkan perpaduan berasaskan dasar pemerintahan.Ini adalah kerana Umno/Bn tidak akan sekali-kali akan mengakui dasar pemerintahan yang akan dibawa oleh PAS,tidak sekali-kali..sebagai contoh Fatah di Palestin,sehingga hari ini mereka masih angkur dengan Israel sedangkan Hamas itu nyata mahu membebaskan serta berjuang dengan segala harta dan jiwa mereka demi Islam dan kebebasan tanah air mereka tetapi Fatah masih tersenyum dengan Israel manakala mengecam Hamas,ini juga adalah kerana slogan PERPADUAN yang ingin dibuat oleh Fatah...
No comments