
SHAH ALAM, 4 Jun (Hrkh) - Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Mohd Daud Iraqi menyarankan agar para ulama perlu meneruskan usaha meningkatkan ilmu agama dan pengurusan sehingga mereka menjadi golongan kedua iaitu mempunyai ilmu yang tinggi dan tahu mentadbir |
Beliau turut meminta kepada golongan profesional dan ulama yang kurang ilmunya agar dapat bersama-sama kepimpinan ulamak bagi meneruskan agenda menerapkan Islam dalam kepimpinan parti.
"Jika ulama, dalam keadaan tertentu masih belum dapat mentadbir dengan baik, adalah menjadi tugas rakan-rakan professional dalam PAS atau ulama yang kurang ilmunya tetapi boleh mentadbir bersama-sama mendokong kepimpinan ulama," katanya ketika membentangkan ucaptama Ketua Dewan Ulama PAS Pusat serta merasmikan persidangan tahunan itu.
Ustaz Mohd Daud turut menegaskan bahawa PAS tiada masa untuk melayan pihak media yang berperanan untuk melemahkan parti.
No comments