Zionis Tewas...

Share:
Kemampuan Hamas untuk terus bertahan dan tidak tunduk kepada tekanan rejim Zionis sebenarnya sekali lagi memberikan tamparan hebat kepada pakatan Israel-Amerika Syarikat. Malah ia juga memberikan tekanan yang hebat kepada pemimpin-pemimpin politik di Israel yang mana mereka dituduh tidak mampu menghentikan serangan roket daripada Hamas.


Keadaan ini seterusnya telah mendesak rejim Zionis melancarkan perang terhadap Hamas di Gaza. Perang ini, yang dipanggil Operasi Cast Lead, merupakan satu lagi siri pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh Yahudi terhadap orang Islam Palestin. Perang yang bermula pada 27 Disember 2008, pada saat umat Islam hendak menyambut tahun Hijrah ini merupakan antara yang terburuk dalam sejarah 60 tahun rejim Zionis menjajah bumi Palestin.

Namun begitu, Israel, antara negara yang mempunyai kuasa tentera yang terkuat di dunia, telah gagal apabila berhadapan dengan Hamas di bumi Gaza. Walaupun selama 22 hari Gaza dihujani dengan segala macam bom termasuk daripada jenis yang terlarang, kemudian diikuti pula oleh serangan darat dan laut dengan menggunakan segala macam senjata yang canggih, namun rejim Zionis terpaksa juga berundur dari bumi Gaza walaupun misi mereka untuk membebaskan Gilad Shalit dan menghentikan serangan roket Hamas tidak tercapai. Hal ini sekali gus menyerlahkan bahawa pakatan Yahudi dan Nasrani kecundang di bumi Gaza dalam usaha untuk menghapuskan Islam.

No comments