Parti Islam SeMalaysia adalah merupakan satu - satunya parti politik diMalaysia yang mempunyai dasar Islam yang jelas lagi nyata .
Kalau dulu rakyat agak takut dan bersembunyi untuk menyatakan bahawa dia adalah penyokong PAS , Hari demi hari rakyat makin berani tampil bahkan menjadi ajk gerakerja untuk membantu PAS bergerak dengan lebih agresif dan sistematik disetiap kawasan bandar mahupun kampung .
Akhirnya , dasar yang dibawa oleh PAS telah berjaya membentuk masyarakat yang harmoni walaupun dalam keadaan dikekang segenap ruang tetapi seumpama air yang dicincang takkan putus apatah lagi apa yang dibawa ialah wahyu , sunnah yang diajar oleh Allah kepada Rasulnya seterus bersambungan sehingga ke hari ini .
Kesan yang boleh dilihat pada hari ini pada setiap ajk gerakerja PAS :-
Produktif
Sebagai contoh apabila setiap program diadakan , kebiasaanya sumber ekonomi datangnya dari kerja - kerja mengutip sumbangan , senantiasa memikirkan kaedah atau cara untuk menjaya sesuatu program walaupun asas kepada setiap program memerlukan tenaga kerja dan kewangan .
Tetapi dengan keyakinan yang tinggi oleh setiap ajk PAS disemua peringkat , produktiviti telah terhasil walaupun kebarangkalian idea - idea atau hasilnya tidak seberapa ataupun program yang diadakan sekadar peringkat kampung .
Perkara ini tidak boleh ditandingi oleh UMNO/BN terutamanya , kerana setiap apa yang dirancang pasti akan disusuli setiap kemudahan bahkan berdiri tengah panas pun mengeluh perl ukan budget payung . Ini mengakibatkan UMNO/BN sentiasa buntu idea bak mati kutu cuma mengharapkan orang luar sepertimana yang kita ketahui hari ini Najib menggunakan APCO sebagai penasihat dan tidak dari agama , bangsa sendiri .
Keyakinan
Sifat keyakinan yang tinggi diserapkan kepada setiap ahli PAS terutama jk gerakerja dimana pelbagai ugutan dibuat oleh BN/UMNO untuk menyekat setiapa orakan kerja tapi tidak digentar cuma sebahagian sahaja yang masih terapung - apung keyakinannya akan berhentitetapi tidak sesekali berpaling kerana itu ALLAH Taala telah sebutkan adakan 2 aspek iaitu kewangan dan tenaga .
Tetapi umno/bn , pasti tiada sesiapa akan keluar memakai topi dacingnya itu sekiranya tidak dijanjikan pulangan samada serta merta atau bulanan .
Ini mengakibatkan rakyat akan menjadi seumpama anak orang kaya yang bodoh lagi malas kerana sentiasa dimanjakan serta dimewah - mewahkan dengan sumber yang serba cukup bahkan membazir .
Berkebajikan
Kebajikan merupakan asas dalam setiap jati diri dalam PAS , setiap program disemua peringkat sebagai contoh apabila sesuatu program diadakan , boleh dikatakan separuh 50% dari sumber kewangan datangnya dari poket sendiri tanpa ada jaminan claim (sekadar kerja pengurusan dan akan dibayar sekiranya mempunyai kemampuan) .
Manakala sumbangan yang diminta dari ahli - ahli PAS secara tidak langsung mengajak orang ramai supaya sentiasa bermurah hati , tidak mementingkan diri sendiri sekaligus menjadi rantaian bagi umat Islam khususnya tanpa perlu pergantungan didalam bentuk hutang piutang .
Tetapi umno/BN tidak memerlukan sistem seperti ini kerana bagi mereka hanya orang yang tidak berkemampuan sahaja ditambah dengan mudahnya pengeluaran duit yang diambil dari institusi kerajaan untuk program parti mereka .Tiada daya usaha sendiri untuk mendapat hasil apatah lagi nak membantu orang ramai .
Ini mengakibat rakyat sentiasa bermentalitikan pergantungan kepada pihak lain bahkan hutang piutang makin hari digalakkan oleh pihak tertentu . Cara kehidupan yang dibawa masuk oleh pihak kerajaan dengan gaya mewah melampau , perkara ini telah dibuktikan oleh isteri Perdana menteri sendiri .Akbatnya rakyat menilai kemewahan itu suatu keperluan sehinggakan orang fakir miskin merasakan terhina apabila bersama dengan sikaya , timbul kes - kes kecurian yang makin hari makin profesional .
Jadi , akhirnya dimana perlu kita mengatakan yang PAS tidak layak untuk menjaga kepentingan setiap rakyat khusunya masyarakat Islam Malaysia .

No comments