Dr Syed Azman bersama isterinya sedang berbual dengan salah seorang penduduk berbangsa Cina ketika Program Sumbangan Mesra Kepada Penduduk Cina bersempena tahun baru cina 2012 .
Program yang dianjurkan oleh Pemuda UPU Kolam dengan kerjasama Ajk UPU Kolam dan Halwa UPU kolam buat pertama kalinya mengadakan Program Sumbangan Mesra ADUN kepada Penduduk Cina Bersempena Sambutan Tahun Baru Cina diKampung Kuala Ibai .
Bermula tahun 2010 - 2012 kira - kira 10% penduduk Kampung Kuala Ibai terdiri dari Bangsa Cina yang mana sebelum ini hanya 4% sebelum tahun 2010 .
Objektif program adalah bertujuan memupuk semangat kejiranan penduduk walaupun kebanyakan penduduk cina sekarang ini berasal dari luar .
Kelihatan Ajk Halwa UPU Sedang berbual mesra dengan salah seorang penduduk .
Kebanyakan penduduk cina tersebut tinggal dikawasan Taman-taman perumahan baru yang dibina disekitar kampung kuala ibai .
Pihak kami menyediakan buah tanga seperti Limau , kacang yang dletakkan dalam paper bag berwarna keemasan sebagai ganti warna merah yang kebetulan habis dijual dikedai .Sambutan yang amat baik diberikan oleh setiap rumah yang dikunjugi , malah secara tidak langsung YB ADUN dapat mendengar permasalahan yang berlaku dikalangan penduduk .
Pihak kami dikejutkan dengan salah seorang penduduk dimana kami dimaklumkan bahawa beliau telah dikhianati Kerajaan Negeri Terengganu dalam proses pembelian bangunan miliknya yang terletak di Bandar Kuala Terengganu .
Kami dimaklumkan bahawa , kerajaan telah membeli dengan harga RM200 ribu untuk 1 lot bangunan yang mana beliau memiliki 2 lot bangunan dan telah menjualnya dengan harga RM400 ribu . Menurutnya lagi , harga yang ditawarkan amatlah rendah tetapi diatas gesaan pihak kerajaan , beliau terpaksa menjuanya dengan alasan Kerajaan akan membina bangunan baru tetapi Kerajaan Terengganu telah menjual lot bangunan tersebut kepada individu dengan harga RM1.8 juta . Beliau dengan nada tinggi menceritakan semasa beliau pergi kepejabat berkenaan dan berkata " Saya tidak takut kamu , kamu semua hanya pekerja , kamu sudah potong kepala saya , saya takkan biarkan "
Beliau yang kami gelar (auntie) seorang wanita Cina yang sebelum telah mengakui bahawa dia selama ini adalah penyokong kuat UMNO/BN , semejak mula mengundi hingga sekarang dia masih mengundi BN/UMNO tetapi setelah pengkhianatan itu , dia dengan tegasnya telah berkata " I takkan undi UMNO/BN , I akan undi Dr Syed Azman PAS " , setelah perbualan pihak kami diajak oleh beliau kerumahnya pada hari raya nanti .
Lawatan yang dakhiri dengan ucapan terima kasih yang berkali - kali merasakan terpangil untuk mengetahui kisah sebenar yang telah dialami beliau . Pihak kami akan cuba selidiki perkara tersebut dan akan membawa kepada pengadilan .
No comments