Pemuda Padang Luar Kuala Ibai kini sudahpun berumur lebih 2o tahun tapi inilah sejarah kami untuk membina sebuah Markaz ataupun pejabat operasi . Ini adalah diakibat terhadnya ruang tanah dikampung kami . Selepas sekian mencari , akhirnya Allah menemukan kami dengan seorang hamba Allah yang sudi mengizinkan tanahnya untuk dijadikan tapak pejabat operasi . Ruang tanah yang luas dan berhampiran dengan pusat aktiviti kampung kami , ini memudahkan masyarakat untuk mencari dan datang untuk bersama kami baik didalam program ataupun sebarang permasalahan yang boleh kami tampil untuk membantu yang terbaik .Sedang kami termenung macamana nak cari modal untuk dirikan bangunan , akhirnya datang seorang hamba Allah menawarkan 2 buah kabin 20 x 10 kaki dan 40 x 20 kaki untuk dijual dengan harga yang murah . Dengan pendapat dari tuan tanah tadi , dia turut mencadangkan supaya pembinaan bangunan kekal terpaksa ditukar kepada bangunan mudah alih . Dengan kaedah ini , kos semakin kurang cuma memerlukan kreativiti kami untuk menjadikan kabin tersebut selesa diguna dan cantik pandangannya .
Sebuah kabin sudahpun diangkat sengan perbelanjaan upah angkat sebanyak RM350.00 manakala harga kabin 20 x 10 kaki RM300.00 , cuma sedikit kekurangan terdapat pada kabin ni berikutan sudah lama ditinggalkan .Kebetulan datang lagi seorang hamba Allah menawarkan bangsal untuk diroboh dan semua bahannya disumbangkan untuk membaikpulih kabin ini .
Pada Jumaat baru - baru ini , pihak kami menjalankan kerja gotong - royong merobohkan bangsal tersebut , Kebanyakan bahan masih elok dan 100% boleh diguna .Tetapi masih rungsing memikirkan kabin yang masih belum diangkat , kabin itu adalah bertujuan untuk dijadikan pejabat PAS Cawangan dan Muslimat Cawangan . Hasil perbincangan buntu akal akhirnya kaedah lama diguakan iaitu MOHON SUMBANGAN . Maka setiausaha pemuda diarahkan mengeluarkan surat rasmi untuk memohon kerjasama dari semua ahli jamaah dan penduduk kampung . Kos anngaran adalah sebanyak RM2500.00 . Semua kos menjadi bertambah berikutan saiz kabin 40 x 20 kaki agak rumit untuk mengangkat dan dipindahkan kelokasi sekarang . Apa pun pihak kami akan meneruskan usaha ini dan mengharakan dapat dsiapkan sebelum PRU13 akan datang .Pihak kami juga memohon sesiapa yang melihat artikel ini dapat memberi kerjasama menghulurkan bantuan berbentuk kewangan mahupun peralatan khususnya peralatan pejabat .
Untuk menghulurkan sumbangan secara terus melalui akaun sila masukkan ke CIMB Islamic 1301 0001 1631 01 atas nama Pemuda PAS Padang Luar .
Semoga dengan bantuan ini , dapat melancarkan lagi kerja - kerja kebajikan dan kemasyarakatan dimasa hadapan .
Sekian .

No comments