Aktiviti Pengutipan Sumbangan Banjir 2014

Share:
Inisiatif Pihak Dun telah mengeluarkan arahan kepada semua Ajk PAS Cawangan supaya setipa cawangan membuka sekurang-kurangnya 1 pos untuk mengumpul sumbangan banjir yang akan dihantar kesemua tempat yang terlibat .

Pihak kami membuka pos dihadapan Pasaraya Mydin Kuala Ibai bermula jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam .
Pertukaran petugas dihagaika mengikut masa lapang masing-masing ,pihak pemuda bekerjasama dengan pihak cawangan dalam menjayakan aktiviti pengumpulan ini .

Alhamdulillah semenjak hari 1 dibuka pada 26hb Dis sehingga 27hb Disember,sejumlah anggaran kasar 1 lori barangan keperluan sudah berjaya dikumpulkan .

Hebahan dikesemua tempat sudah dibuat dan mengharapkan sambutan kerjasama dari semua , bahkan ada totok umno datang menjenguk sambil memberi pujian .

Atas arahan pimpinan ,hasil kutipan diCawangan kami akan dihantar ke Kemaman pada selasa 30hb Disember , kutipan seterusnya akan terus dihantar ke kawasan banjir diTerengganu , manakala pos kutipan dikawasan lain akan dibahagi-bahagikan keseluruh tempat banjir terutama kelantan .

Aktiviti ini akan diteruskan sehinggalah selesai masalah banjir disemua tempat . 

Pihak kami mendoakan agar situasi banjir akan segera selesai dan selamat semuanya .

No comments