Terdiri daripada 14 orang Ahli jawatankuasa 2 orang pemeriksa kira-kira (Mantan Pemuda)
14 Ahli jawatankuasa utama
14 Ahlijawatankuasa pembantu
Kami mengalu-alukan penglibatan semua pemuda Padang Luar yang meliputi Kg Padang Luar,Jalan Sekolah Kuala Ibai,Taman Purnama , Lot Perpindahan Tok Adis dan Kondo Rakyat .
Adapun syarat untuk menjadi seorang ahli PAS itu ialah:
-
Warganegara Malaysia
-
Beragama Islam
-
Aqil baligh menurut Hukum Syariat
-
Mengaku menerima serta taat kepada Perlembagaan PAS, peraturan, arahan-arahan dan keputusan-keputusan Parti dari masa ke semasa
-
Seorang pelajar Universiti atau Kolej Universiti tidak boleh menjadi ahli tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Naib Censolar university berkenaan.
- Hak-hak ahli ialah :
- Setiap ahli PAS berhak memilih dan dipilih untuk memegang mana-mana jawatan dalam parti dan boleh dicadang untuk mewakili parti.
- Setiap ahli PAS berhak mengundi dan diundi dalam parti mengikut ketentuan-ketentuan yang terdapat di dalam Perlembagaan PAS serta Aturan dan Peraturannya.
- Setiap ahli PAS berhak menghadiri perhimpunan-perhimpunan dan rapat-rapat parti.
- Setiap ahli PAS berhak memberikan pendapat dan pandangan kepada parti.
- Setiap ahli PAS berhak mendapat apa-apa gelaran yang ditetapkan oleh parti mengikut yang diputuskan oleh Muktamar Tahunan parti apabila dan pada bila-bila masa ada usul yang demikian.
- Kewajipan-kewajipan ahli :
- Menunaikan yuran dan lain-lain menurut keputusan parti dari masa ke semasa.
- Melaksanakan arahan-arahan dan keputusan-keputusan parti sama ada umum atau khusus.
- Menghadiri mana-mana kursus-kursus, tamrin-tamrin atau perhimpunan-perhimpunan parti sebagaimana yang ditetapkan dan diarahkan.
- Memperdalamkan ilmu pengetahuan khususnya tentang ajaran dan hukum-hukum Islam.
- Memperkuatkan kedudukan dan menjaga kehormatan parti samada di dalam atau di luar negeri.
- Pada ‘amnya melaksanakan kehendak-kehendak Perlembagaan parti.
- Setiap ahli PAS berhak memohon berpindah Kawasan PAS dan berkewajipan untuk mengemukakan satu permohonan bertulis untuk berpindah Kawasan dengan keterangan-keterangan yang perlu kepada Setiausaha Agung yang hendaklah mengemukakan permohonan itu kepada Jawatankuasa Harian PAS Pusat dengan seberapa segera yang boleh bagi menimbangkan permohonan yang berkenaan itu.
- Setiap ahli PAS yang berdaftar terus ke Pejabat Agung juga berhak memohon menjadi ahli sesebuah kawasan PAS dengan memohon mengikut kaedah yang sama yang disebutkan dalam ceraian (3)(a) Fasal ini.
- Setiap ahli PAS yang berpindah Kawasan itu tidak berhak memilih dan dipilih untuk memegang mana-mana jawatan dalam Kawasan barunya melainkan setelah mendapat akuan kelulusan berpindah Kawasan dari Setiausaha Agung.
No comments