Program diadakan dalam bentuk santi dengan sedikit jamuan ringan disediakan dan juga tayangan LCD untuk membangkitkan semangat juang pemuda .
Aturcara
9.00 Malam : Jamuan
9.15 Malam : Taujihad dari Ustaz Najmudin Ghani
9.30 Malam : Tayangan video
Video 1 : Khutbah Imam Syeikh Mohd AlArifi
Video 2 : Sedutan-sedutan filem Islamik
10.00 Malam : Majlis selesai
Objektif program
Adalah bertujuan untuk mengumpul kembali seramai mungkin bekas-bekas
Ahlijawatankuasa pemuda dan pemuda-pemuda baru .
Perjalanan Program
Jam 8.30 Malam masih belum kelihatan sesiapa disurau,barangkali solat Isya' baru selesai diadakan , mungkin kesemua pukang kerumah untuk bersiap makan dan minum .
Jam 9.00 Seorang Ajk Pemuda sampai (Khairul Anuar)
Jam9.10 Ustaz pulak sampai , aku dah gelisah melihatkan keadaan ni,mana semua pemuda , petang tadi masa setup PA semua datang .
Jadi aturcara diubah skit , Video dipasanng untuk mengalih perhatian . Ha..sudahhhmana orangnya ?
Jam 9.15 Baru nampak pemuda-pemuda baru sampai sekitar 7 orang , orang muda ni memang suka beramai-ramai,kalu sorg2 dia takkan datang .
Jam 9.20 Ternampak 4-5 orang tua datang join tengok video sambil makan bihun goreng , setakat ni admin belum nampak batang hidung bekas ajk , nak kata tak tahu ... sms sudah,whatssapp sudah , telefon pun sudah ..Akhirnya buat keputusan ...terus jelah,nak buat macamana , hidayah dan taufiq Allah yang bagi ....yang tak datang ,kesianlah dia..

Jam 9.30 Malam Taujihad dimulakan , majlis dipengerusikan ketua pemuda dengan ucapan alauan kehadiran semua ..tak ada sebarang rasa gelisah dan kecewa dengan jemputan yang tak hadir .
Ustaz mulakan dengan bacaan ayat suci Quran , ringkasnya menyentuh keperibadian pemuda , taat setia (wala' & thiqah) kepada ketua tiadak kira diperingkat mana sekali .
Selesai taujihad , ustaz ajak kita bincang terus macam mana nak buat denga pemuda yang bermasalah ni ... Ketua pemuda hanya tergelak sambil mengatakan dia kasihan dengan pemuda yang tak hadir , tak ada rasa kecewa atau marah cuma rasa tertanya-tanya , kenapa ?
Pengerusi nak tutup majlis,tibatiba ditegur oleh Lajnah Ekonomi , minta ditanya setiap yang hadir supaya dapat meluahkan apa yang ingin dikatakan .
Jadi,setiap seorang diminta ajukan solan mahupun cadangan , pelbagai cadangan diajukan diantaranya "-
Banyakkan aktiviti dan program .
Jam 10.30 Malam Pengerusi minta tangguhkan kemesyuarat pemuda berkaitan semua perihal yang diajukan .
Kata-kata akhir ialah agar semua yang hadir agar boleh istiqamah dan terus menanamkan kefahaman terhadap perjuangan yang didokong sekarang .
Makluman berkaitan kelas Tolibu Ilmi diumumkan .
Program selesai pada jam 11.00 malam .
Nota kredit :
Admin mengucapkan tahniah kepada semua yang telah menjayakkan program tersebut , itu hanyalah permulaan untuk kita betulkan mana kesilapan dan kelemahan .
Teruslah berusaha tanpa mengira jumlah , objektif kita kesyurga , perjuangan didunia hanyalah kecil kalu dibandingkan hadiah yang dijanjikan Allah Taala .
Umno/BN hanyalah lawan yang kita perlu tarbiyah dengan kefahaman dan bukannya dengan menabur kebencian apatah lagi sesama jemaah kita yang kadang-kadang bercakap umpama Singa yang sedang marah ..tetapi bila ditimpa hujan terus sembunyi , tanamlah kefaham dengan ilmu .
Terus perjuanganmu!!!!
No comments