Kuliah Tolibu Ilmi Fiqh Pemuda 2014

Share:
Kuliah Tolibu Ilmi berkonsepkan kelas pengajian bertalaqi khusus untuk pemuda,remaja dan juga terbuka untuk warga tua muslimin, terbuka kepada seluruh pemuda baik jauh dan dekat .

Program diadakan pada setiap jumaat malam sabtu bertempat diSurau Padang Luar Kuala Ibai (Jalan Sekolah Kuala Ibai) 

Program tidak dikenakan sebarang yuran khusus hanya sumbangan ikhlas dialu-alukan .
Subjek yang dipelajari ialah asas pemahaman Fiqah , Tauhid & Tasawuf .Kitab-kitab yang digunakan adalah Pelita Penuntut & Fiqh Manhaji .

Objektif 
Membawa para pemuda mendalami ilmu agama sebagai teras kehidupan .
Menjadikan satu aktiviti yang berfaedah bagi mengisi masa lapang .
Memupuk ukhuwwah berdasarkan ilmu agar jalinan persahabatan akan terus keakhirat .

Cadangan program dibawa oleh ketua Lajnah Ekonomi yang kemudian dibawa masuk kemesyuarat Ajk untuk perbincangan sekaligus memikirkan cara perlaksanaan . Alhamdulillah sambutak agak positif diberikan , kehdiran dari minggu ke minggu semakin bertambah .

Cadangan yang asalnya dibentangkan pada Februari 2014 , masa perlaksaannya agak lama berikutan aktiviti dan penglibatan orang muda kepada majlis ilmu agak hambar .Oleh kerana itu keutamaan program berbentuk permainan lebih diutamakan yang mana akhirnya hasil penilaian selama setahun mendapati , aktiviti permainan tidak memberi kesan yang positif kepada peribadi peserta tetapi baik untuk kami selaku organisasi Pemuda .

Dasar parti mengkehendaki kami menyampaokan dakwah yang bermaksud memberi kebaikan kepada peribadi individu sekaligus dapat mengajak penyertaan dalam organisasi pemuda . Penanaman kefaham berkenaan perjuangan mestilah melaui ilmu pengetahuan agar ilmu tersebut dijdikan asas untuk berfikir dan istiqamah .

Kami mengharapkan program ini akan berterusan sehingga keakhir hayat dunia .

No comments