KUALA TERENGGANU: Bilik Gerakan Banjir PAS Terengganu
mengarahkan Bilik Gerakan Banjir Kawasan Dungun dan Kemaman untuk
bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlakunya banjir gelombang
keempat.
Pengarah Operasi Banjir PAS negeri, Dr Azman Ibrahim
menyatakan demikian merujuk kepada amaran hujan tahap merah yang
dijangka melanda sekitar daerah Dungun dan Kemaman yang telah
dikeluarkan oleh Jabatan Metereologi Malaysia.
"Persiapan ini
merangkumi persiapan bilik operasi untuk terus diletakkan dalam keadaan
siaga, persiapan aset dan peralatan, penyusunan petugas serta stok
bekalan barangan makanan dan keperluan lain untuk mangsa banjir.
Menurutnya,
menghadapi musim tengkujuh yang berpanjangan dan belum sampai ke
penghujungnya sehingga kini, memang tidak dinafikan menuntut banyak
pengorbanan masa, tenaga, kos serta penggunaan aset yang banyak.
"Bagi
pihak Bilik Gerakan Banjir PAS Terengganu, saya merakamkan ucapan
setinggi-tinggi penghargaan di atas segala yang telah dilalui dan
dicurahkan oleh semua petugas. Hanya Allah yang mampu membalasnya.
"Komitmen kita adalah untuk terus memberikan khidmat yang terbaik kepada masyarakat kerana Allah," ujarnya kepada Harakahdaily.
Sehubungan
itu, katanya penduduk yang berada di kawasan rendah serta berisiko
dinaiki air dinasihatkan untuk terus berhati-hati dan berjaga-jaga serta
memastikan keselamatan diri dan keluarga. - HARAKAHDAILY 30/12/2014
No comments